Double-V Hot & Cold Cup Vending Machine

Double-V Hot & Cold Cup Vending Machine


Brand yang pihak syarikat kami gunakan bagi mesin layan diri Double-V Hot & Cold Cup ini telah banyak membantu permis-permis kerajaan dan syarikat swasta dalam meningkatkan mutu servis perkhidmatan mereka terhadap para pelanggan dan pekerja mereka, di seluruh Malaysia semenjak tahun 2009 lagi. Dan rata-rata mereka sangat berpuas hati dengan kewujudan mesin layan diri ini di permis mereka. 

Malah, baru-baru ini rakan ejen kami berjaya menambah 2 lagi mesin air cawan baru di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, yang menjadikan jumlah mesin air cawan di sana sebanyak 5 buah kesemuanya. Ini menunjukkan permintaan yang sangat tinggi dari para pengunjung hospital pada satu-satu masa, memandangkan harga secawan minuman hanya dari RM1.00 sahaja ditambah dengan mutu dan rasa minuman yang lazat.

Oleh sebab itu, pihak kami merasakan betapa perlunya kami melebarluaskan perkhidmatan mesin layan diri air cawan Double-V Hot & Cold Cup ini ke sekitar kawasan Kemaman dan Dungun dalam membantu lebih banyak permis-permis bagimeningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan, dengan mewujudkan satu lagi fasiliti baru untuk memenuhi keperluan pelanggan yang hadir ke permis mereka.

Dengan adanya perkhidmatan air minuman mesin layan diri kami yang sedia beroperasi 24 jam ini, ia akan memudahkan semua orang untuk mendapatkan air minuman tidak kira waktu malam, cuti awam atau pada bila-bila masa. Inilah yang dipraktiskan di banyak Sekolah, Hospital, Jabatan Kerajaan / swasta, Pusat Ibadah, dan Kawasan Awam pada ketika ini di Malaysia Amnya dan Di Negara Maju Khasnya seperti Jepun.



Double-V Hot & Cold Cup mempunyai 4 pilihan minuman pada satu-satu masa. Dengan setiap pilihan itu boleh dinikmati sama ada dengan air panas mahupun sejuk.
Antara pilihannya; Choclate Drink, Malt Drink, Milk Tea, White Coffee, Mocha Coffee, Cappucino Coffee, dan Hazelnut Coffee.


4 Unit Takung Simpanan Powder Minuman Dengan Setiap Takung Mampu Menyimpan Sehingga 2 Kg Powder Yang Akan Digunakan Sebagai Pembancuh Minuman Anda, 4 Takung untuk 4 Jenis Minuman Bersamaan 8 Kilo Muatan Dalam Satu Satu Masa.

Cawan Minuman Boleh Dimuatkan Sehingga 250 Cawan Dalam Satu Satu Masa Dengan Sistem Penukaran Automatik 2 Bahagian Salur Simpanan.

Ia juga sangat bagus dalam menambah nilai 'Customer Service', dengan memberi minuman percuma untuk pelanggan ketika urusan 'Check-in' 'Check-out' di sekitar lobi, malah untuk 'reward' para pekerja hotel sendiri. Untuk itu, Sistem Token boleh diadakan untuk mengawal pengeluaran air minuman setiap hari jika perlu.
     
Inginkan mesin kami beroperasi di permis anda?

Anda mahu menambah nilai kepada para pelanggan, pengunjung, mahupun pekerja anda dengan memberi minuman percuma secara bertoken?

Hubungi kami sekarang di 019-5758231, atau email ke vendmexventure@gmail.com

      








Comments